Suspek yang memecah masuk ke sebuah pejabat dalam kejadian di Sembulan, Kota Kinabalu  bersembunyi atas pokok sebelum  erjaya ditahan polis.


SEORANG lelaki berusia 32 tahun yang bersembunyi atas pokok selepas memecah masuk ke sebuah pejabat agensi kerajaan di Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah akhirnya akur turun setelah dipujuk lebih sejam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata terdahulu pengawal keselamatan menyedari suspek memecah masuk pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kira-kira jam 9 malam pada 2 Ogos 2021.

“Suspek yang merupakan seorang penganggur melarikan diri lalu memanjat sebatang pokok kayu ara di kawasan bangunan berkenaan untuk menyembunyikan diri.

“Sejurus menerima laporan berhubung kejadian, pihak polis bergegas ke lokasi dan mendapati suspek masih berada atas pokok. Polis kemudiannya meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam usaha memujuk suspek turun.

“Awalnya, suspek enggan turun kerana tidak mahu ditahan oleh pihak berkuasa. Namun, selepas lebih sejam dipujuk oleh polis dan pasukan bomba akhirnya dia akur turun dari pokok untuk serah diri,” katanya dipetik laporan Harian Metro, 3 Ogos 2021.

Ujarnya lagi, polis kini sedang jalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun atau denda yang boleh sampai RM5,000 atau kedua-duanya. - KitaReporters

0
1
0
1
0

Copy Link: