Berita Terkini| Boleh ziarah kubur di Selangor! 2 orang sekali ziarah! Perlu lengkap vaksinasi!
Published byAKTIVITI ziarah kubur di Selangor dibenarkan sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan
Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bagaimanapun berkata, hanya
dua waris dibenarkan menziarahi kubur keluarga atau saudara pada satu-satu masa
selama 20 minit di tanah perkuburan Islam bersepadu di bawah seliaan pihak
berkuasa tempatan (PBT).
Bagi tanah perkuburan Islam kariah di bawah seliaan
masjid pula dihadkan tidak melebihi lima orang dengan tempoh ziarah selama 30
minit.
"Pastikan mereka yang hadir memakai pelitup muka,
menjaga penjarakan fizikal satu meter, mengimbas aplikasi MySejahtera dan
melakukan ziarah pada masa yang dibenarkan sahaja.
"Kebenaran ini diberikan kepada mereka yang telah
lengkap menerima dua dos vaksin," katanya seperti dipetik Sinar Harian, Isni, 6 September 2021.
Jelasnya, pengebumian di tanah perkuburan Islam di bawah seliaan masjid pula dibenarkan seramai 20 orang waris dan lima ahli jawatankuasa masjid bagi mengiringi jenazah. - KitaReporters