Gambar hiasan... Polis akan memeriksa rekod aplikasi MySejahtera pengguna jalan raya  di SJR sebagai usaha kurangkan kenderaaan sepanjang tempoh PKP. - Kredit foto:  FB IPD Hulu Terengganu


REKOD aplikasi MySejahtera pengguna jalan raya akan diperiksa polis di sekatan jalan raya (SJR) bagi menyemak tujuan sebenar pergerakan individu sama ada urusan penting atau tidak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tindakan itu terpaksa diambil memandangkan masih terdapat banyak kenderaan di jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya tidak tahu kenapa keadaan ini berlaku (kenderaan banyak atas jalan raya), mungkin alasan mereka keluar rumah sebab ada urusan penting tetapi adakah ia benar?

“Jadi apa yang kita lakukan selepas ini ialah periksa rekod tempat dilawati pengguna jalan raya melalui aplikasi MySejahtera di SJR secara rawak.

“Sekiranya didapati apa yang dikatakan seseorang individu itu tidak benar, pihak berkuasa akan ambil tindakan tegas kepada mereka,” katanya yang dipetik oleh laporan Harian Metro, 2 Julai 2021.

Ujar Hamzah lagi, pendekatan memeriksa rekod  di MySejahtera pengguna jalan raya dijangka dapat mengurangkan pergerakan kenderaan. - KitaReporters


0
0
0
1
2

Copy Link: