Berita Terkini| Kenderaan dari utara masuk ke Kelantan meningkat 5%! Sejak 16 Julai 2021 - Polis
Published byPASUKAN polis dengan kerjasama Rela membuat sekatan jalan raya di sempadan Gerik-Jeli. - Kredit foto: Unit Media RELA Perak
KEMASUKAN kenderaan dari arah utara iaitu melalui Jalan Gerik-Jeli meningkat sebanyak lima peratus, sejak Jumaat, 16 Julai 2021.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten
Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, pertambahan tersebut melibatkan
pergerakan kenderaan dari negeri-negeri di utara seperti Perak, Kedah dan
Perlis.
Bagaimanapun, katanya, kawasan-kawasan sempadan yang
lain iaitu melibatkan sekatan jalan raya (SJR) Gua Musang dan SJR Pasir Puteh
masih tidak menunjukkan sebarang pertambahan kemasukan kenderaan sehingga
Sabtu, 17 Julai 2021.
"Perkara ini biasa saja, sama dengan musim
perayaan tahun lalu. Sebagaimana raya tahun lalu, kami ada buat pemantauan tapi
kami tidak jumpa kenderaan yang banyak di kampung-kampung dan sebagainya, ia
situasi biasa menjelang perayaan,” katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian
pada Sabtu, 17 Julai 2021.
Dalam masa sama, belia menjelaskan untuk musim perayaan Aidiladha kali ini, seramai 1,000 anggota dijangka bertugas melibatkan pemantauan rumah ke rumah termasuklah di SJR dengan penjadualan mengikut giliran yang telah ditetapkan. - KitaReporters
KIRA-KIRA 1,000 anggota polis ditugaskan untuk bertugas sepanjang musim cuti Aidiladha melibatkan pemantauan dari rumah ke rumah. Kredit Foto: Sinar Harian