Berita Terkini| JKNT kutip kompaun RM2.7j! Pelbagai kesalahan pelanggaran SOP sejak awal 2021!
Published byJABATAN Kesihatan Terengganu (JKNT) mengutip kompaun bernilai RM2.7 juta bagi pelbagai kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sejak Januari 2021 lalu.
Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong, berkata antara kesalahan dilakukan adalah gagal mematuhi SOP ziarah raya merangkumi 15 kes, manakala 11 kes rentas negeri tanpa kelulusan.
Katanya, pelanggaran SOP tidak membabitkan kluster bagi kategori individu adalah sebanyak 837 kes dan 126 membabitkan kategori perbadanan.
"Jumlah kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggari SOP dalam kawasan kluster adalah sebanyak 59 kes.
"Jumlah kesalahan yang dikenakan kompaun adalah sebanyak 1,048 kes, manakala 10 kes membabitkan pendakwaan," katanya seperti dipetik Berita Harian, 21 September 2021.
Katanya, Kemaman merekodkan kompaun tertinggi dengan RM1.056 juta, manakala Dungun (RM923,000), Marang (RM127,500), Kuala Terengganu (RM139,000), Hulu Terengganu (RM75,000), Kuala Nerus (RM105,500), Setiu (RM157,000) dan Besut sebanyak RM119,000. - KitaReporters