Berita Terkini| Kluster tempat kerja, perkilangan punca utama Covid-19 di PP! Sumbang 70% kes!
Published byGambar hiasan... Sektor perkilangan dan industri punca utama kluster tempat kerja menyumbang peningkatan kes Covid-19 di Pulau Pinang. - Kredit foto: rri.co.id
KLUSTER tempat
kerja khususnya sektor perkilangan dan industri menjadi punca utama Covid-19 di
Pulau Pinang dengan menyumbang 70 peratus daripada keseluruhan kes direkodkan di
negeri itu setakat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela Ariffin berkata sejak 1 Jun hingga 14 Julai 2021, sebanyak 6,222 kes daripada 9,668 kes direkodkan berpunca daripada kluster tempat kerja.
“Kluster tempat kerja khususnya sektor perkilangan dan industri adalah punca utama peningkatan wabak berkenaan di Pulau Pinang.
“Punca jangkitan antaranya menjurus kepada penempatan warga asing memandangkan berlakunya pencampuran antara lebih 10 kilang dalam satu-satu kawasan penempatan atau asrama pekerja.
“Selain itu juga, fasiliti kediaman atau rumah pekerja yang jalani kuarantin didapati tidak sesuai serta jumlah penghuni melebihi kapasiti dihadkan,” katanya dipetik laporan Harian Metro pada 1 September 2021.
Tambah beliau, sehingga 28 Ogos 2021, sebanyak 246 kilang di seluruh Pulau Pinang diarah ditutup selepas dikesan berlakunya kes jangkitan Covid-19 dan jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding hanya 17 kilang diarah tutup pada tahun 2020. - KitaReporters