Berita Terkini| COVID-19: Purata pendapatan isi rumah merosot! Semua negeri catat penurunan!
Published byLAPORAN Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan Malaysia 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati pendapatan isi rumah pada tahun lalu (2020) mengalami kemerosotan akibat pandemik Covid-19.
Ketua
Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pendapatan isi rumah
kasar bulanan purata menurun 10.3 peratus untuk merekodkan RM7,089 berbanding
RM7,901 pada tahun 2019.
Penurunan
tersebut disumbangkan oleh isi rumah atau individu yang mengalami kehilangan
atau pengurangan pendapatan terutama mereka yang berstatus pekerja, bekerja
sendiri dan lain-lain.
“Bukan
sahaja akibat kehilangan pekerjaan, malah turut disumbangkan oleh pengurangan
jam bekerja dan peningkatan guna tenaga tidak penuh berkaitan dengan kemahiran.
“Pendapatan
isi rumah kasar bulanan penengah yang mencatatkan penurunan 11.3 peratus
berbanding pada tahun 2019 dan nilai pendapatan isi rumah kasar bulanan
penengah pada tahun 2020 ialah RM5,209 (2019: RM5,873),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat, 6 ogos 2021.
Katanya
lagi, semua negeri mencatatkan penurunan pendapat isi rumah kasar bulanan
purata dan penengah.
Wilayah
Persekutuan Putrajaya merekodkan penurunan paling rendah serta kekal merekodkan
pendapatan isi rumah kasar bulanan purata dan penengah paling tinggi berbanding
negeri lain masing-masing sebanyak RM12,322 dan RM9,743.
Berdasarkan
kajian tersebut, katanya, dianggarkan bilangan isi rumah miskin meningkat
kepada 639,800 isi rumah pada tahun 2020 berbanding 405,400 isi rumah kepada
8.4 peratus. - KitaReporters