Berita Terkini| Bacaan sifar ton direkodkan LRA Sungai Semenyih! Proses rawatan air dijalankan!
Published byPENCEMARAN bau yang direkodkan oleh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih mencatatkan bacaan sifar ton tiga kali berturut-turut sehingga jam 6 pagi Sabtu, 4 September 2021.
Menerusi info grafik dikongsi oleh syarikat Pengurusan Air Selangor memaklumkan, usaha memulakan proses rawatan air di LRA terbabit sedang dijalankan.
Sementara itu, Air Selangor memaklumkan, sebanyak 94 lori tangki air telah digerakkan ke kawasan terjejas dan premis kritikal sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Air Selangor kini sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas.
"Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi laman web https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor," kata kenyataan itu.
Sebelum ini, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah di Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya akibat pencemaran bau pada sumber air mentah.
Pencemaran bau di Sungai Semenyih merupakan kejadian
kali kedua berlaku dalam tempoh tiga hari. -
KitaReporters