Berita Terkini| Pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5 meningkat di HKL! 71% kes! KKM tambah katil!
Published byGambar hiasan... Jumlah pesakit Covid-19 kategori tiga hingga lima kini meningkat di HKL. - Kredit foto: FB page Dr Noor Hisham
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 71 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah pesakit kategori tiga hingga lima.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berkata
pada masa ini terdapat peningkatan bilangan pesakit Covid-19 kategori tersebut
yang dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Unit Rawatan Rapi (ICU) di
HKL.
“Berdasarkan rekod terkini, Jabatan Kecemasan
dan Trauma HKL menerima di antara 60 hingga 70 pesakit Covid-19 sehari dengan purata tiga pesakit kategori empat serta
lima yang perlukan bantuan alat penafasan. Manakala, pesakit kategori lima
perlu dirawat di ICU.
“HKL adalah hospital rujukan berstatus hibrid
Covid-19 yang menerima pesakit Covid-19 serta bukan Covid-19 di Jabatan Kecemasan dan Trauma
serta ICU. Jumlah kedatangan atau rujukan pesakit yang tinggi ditangani dengan
penyediaan serta penggunaan katil tambahan oleh pengurusan HKL.
“Pesakit Covid-19 yang stabil dipindahkan ke
Hospital Rehabilitasi Cheras dan Institut Perubatan Respiratori bagi
membolehkan HKL terima serta merawat segera pesakit Covid-19 yang lain,”
katanya menerusi satu kenyataan pada 4
Julai 2021.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau
memaklumkan secara keseluruhan penggunaan katil pesakit (termasuk ‘repurpose
bed’ di kawasan Lembah Klang kini mencapai kadar melebihi 85 peratus. - KitaReporters