Berita Terkini| Konkrit, pagar duri PKPD dirosakkan! Pihak berkuasa ketatkan kawalan keselamatan
Published bySalah satu lokasi penghadang konkrit di laluan tikus dalam kawasan PKPD dirosakkan individu tidak bertanggungjawab. - Kredit foto: Sinar Harian
POLIS akan
ketatkan lagi kawalan keselamatan termasuk di lorong tikus setelah didapati konkrit dan
pagar duri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar
Sungai Petani, Kedah telah dirosakkan.
Ketua Polis
Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata pihaknya berjaya
mengesan enam lokasi terlibat dan telahpun melakukan pembaikan semula bagi
pastikan tiada individu dapat bolos.
“Enam
lokasi itu membabitkan lima di Taman Bandar Baru dan Taman Lembah Permai,
Sungai Lalang manakala satu lokasi dikesan di Kawasan Perusahaan Ringan Bakar
Arang, Sungai Petani.
“Kita akan mengetatkan
lagi kawalan keselamatan di kawasan PKPD. Konkrit dan pagar duri di kawasan yang
dikesan dirosakkan oleh Angkatan Tentera Malaysia serta Jabatan Kerja Raya telah
membuat pembaikan semula.
“Tindakan
merosakkan, mengalihkan pagar duri dan halangan dipasang di kawasan PKPD boleh
dikenakan tindakan tegas. Siasatan boleh dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun
Keseksaan,” katanya dipetik laporan Sinar Harian, 20 Julai 2021.
Tambah
beliau, sesiapa yang cuba keluar atau masuk kawasan PKPD tanpa kebenaran sah
tindakan boleh dikenakan mengikut Peraturan 6(1) PPDPPB (Langkah-langkah dalam
kawasan tempat jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021 dan tindakan kompaun
sejumlah RM3,000 boleh dikenakan. - KitaReporters