Berita Terkini| Langkah kurung rakyat tidak lagi sesuai! Mampu beri kesan kesihatan mental - PM
Published byGambar hiasan... Melancong atau bercuti antara salah satu aktiviti yang dapatkan berikan kesan positif terhadap kesihatan mental dan emosi individu. - Kredit foto: Flickr.com Wazari Wazir
LANGKAH mengurung rakyat bagi kekang penularan Covid-19 tidak sesuai dilaksanakan
kerajaan pada masa ini kerana dibimbangi boleh mendatangkan kesan terhadap
kesihatan mental.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tumpuan diberikan kepada pembukaan sektor ekonomi bagi membantu mengimbangi kehidupan sosial dan ekonomi rakyat.
“Pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan prosedur operasi standard (SOP) adalah keputusan wajar,” katanya dipetik daripada laporan Utusan Malaysia bertarikh 14 September 2021.
Ujar beliau lagi, keputusan itu bukan hanya berikutan peratusan penerima vaksinasi yang tinggi tetapi juga setelah ambil kira data penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Katanya
lagi, sektor-sektor berkenaan juga
dibuka dengan SOP ketat termasuk hanya membenarkan pelanggan yang lengkap divaksin
melakukan urus niaga atau dapatkan perkhidmatan. - KitaReporters