Berita Terkini| Akta MCMC dikaji semula! Pastikan pelanggaran keselamatan siber ditangani serius!
Published byAkta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) perlu dikaji semula bagi memastikan sebarang pelanggaran keselamatan siber seperti kebocoran data peribadi dapat ditangani secara serius melalui penguatkuasaan undang-undang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Annuar berkata beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengkaji semula Akta MCMC 1998, dan berharap agar siasatan menyeluruh akan dilakukan atas dakwaan mengenai kebocoran data oleh sesebuah agensi kerajaan.
"Amat penting bagi KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) dan MCMC untuk mengkaji dakwaan kebocoran data oleh sesebuah badan kerajaan tersebut.
"Untuk kes tersebut, tidak akan ada yang terlepas semasa siasatan dijalankan, termasuk kajian forensik siber untuk mengetahui bagaimana kebocoran itu berlaku," katanya dalam kenyataan pada Jumaat, 1 Oktober 2021.
Beliau berkata bahawa sebarang dakwaan kejadian kebocoran data peribadi di sesuatu agensi kerajaan akan semestinya akan membuka mata.
"Peranan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi pakar dan teknikal di bawah bidang kuasa KKMM adalah untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan, program dan inisiatif melalui inovasi keselamatan siber untuk mengurangkan kerentanan sistem digital, dan pada masa yang sama memperkukuhkan kemandirian Malaysia di ruang siber. - KitaReporters