Berita Terkini| Caj jenazah cecah RM9k di Hospital Sungai Buloh? Pihak hospital nafi terlibat!
Published byGambar hiasan... Hospital Sungai Buluh nafi terlibat dalam caj pengurusan jenazah. - Kredit foto: Bernama
JABATAN Forensik Hospital Sungai Buloh menafikan berita tular dalam WhatsApp berhubung caj pengurusan jenazah pesakit Covid-19 di hospital berkenaan yang mencecah hingga RM9,000.
Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur berkata pihaknya hanya terlibat kendalikan urusan pengambilan jenazah dari wad sehingga ke tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah Covid-19 dan bukan Covid-19 sahaja.
"Waris si mati perlu berurusan dengan syarikat dipilih mereka bagi pengurusan pengebumian pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19.
"Pihak hospital nafi terlibat dalam urusan berhubung caj dikenakan kepada waris jenazah pesakit Covid-19 hingga mencecah RM9,000. Berita itu tidak benar," katanya dipetik oleh laporan Sinar Harian pada 22 Julai 2021.
Untuk info, tular satu visual bersuara dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa Hospital Sungai Buloh mengenakan caj pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang mencecah hingga RM9,000. - KitaReporters