Berita Terkini| Pusat Sokongan Sosial bergerak diperkenal! Bantu masalah kesihatan mental rakyat
Published byRINA Harun berkata, PSS setempat secara bergerak itu program baharu yang akan diadakan di kawasan dikenal pasti dan mempunyai ramai penduduk. - Kredit foto: Sinar Harian
Pusat Sokongan Sosial (PSS) setempat secara bergerak akan diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan dijadualkan bermula bulan Julai 2021 ini.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, program itu
akan digerakkan di seluruh negara bagi membantu masalah kesihatan mental dalam
kalangan penduduk.
“Walaupun kementerian itu menyediakan telekaunseling
melalui Talian Kasih 15999, namun tidak semua individu mahu bercakap dan
berkongsi dengan kaunselor disediakan.
“Namun ada individu lebih selesa menyuarakan masalah
kepada pemimpin komuniti setempat di tempat tinggal masing-masing kerana ia
lebih dekat dengan penduduk,” katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Khamis, 1 Julai 2021.
Rina berkata, kementerian akan menyediakan latihan kepada
pemimpin masyarakat seperti pengerusi taman dan ketua penduduk bagi memperkasa
komuniti serta membantu menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan
masyarakat.
"Sebanyak tujuh kenderaan membabitkan bas akan digerakkan dalam program ini dan buat permulaan, dua kenderaan akan digerakkan dalam masa terdekat,” ujarnya.
Rina berkata, PSS setempat secara bergerak itu program baharu yang akan diadakan di kawasan dikenal pasti dan mempunyai ramai penduduk.
Program PSS itu sudah lama dirancang kementerian itu dan berharap pelaksanaannya dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan mental dialami masyarakat.
"Kementerian juga akan memperkasa program dua masjid dipilih untuk projek rintis Program Masjid Santuni Masyarakat yang dijadikan sebagai pusat transit mangsa keganasan rumah tangga di seluruh negara," ujarnya. -
KitaReporters
GAMBAR hiasan... Sesiapa yang mengalami keganasan rumah tangga atau berdepan masalah peribadi boleh mendapatkan perlindungan di Pusat Sokongan Sosial yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.