Berita Terkini| 24 laporan penyu mati dilaporkan di Terengganu! Terbaharu, penyu agar jantan!
Published by
Penyu agar yang ditemukan mati terdampar di Pantai Kuala Abang, Dungun
JABATAN Perikanan
Negeri Terengganu menerima sebanyak 24 laporan berhubung kematian pelbagai spesis
penyu di negeri berkenaan bermula awal tahun ini sehingga 17 Julai 2021.
Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata kes terbaharu melibatkan seekor penyu agar jantan ditemukan mati terdampar di Pantai Kuala Abang, Dungun.
“Penyu berusia lingkingan 20 hingga 30 tahun itu dijumpai penduduk kampung kira-kira jam 9 pagi, 17 Julai 2021 yang kemudiannya melaporkan kepada pihak kami.
“Melihat kepada bangkai penyu yang telah mula reput, anggota badan membengkak serta usus sudah keluar dari bahagian badan, dipercayai reptilia marin ini telah mati lebih kurang seminggu lalu.
“Tiada sebarang kecederaan akibat perbuatan khianat seperti kesan jerutan tali pada anggota badan penyu berkenaan,” katanya dipetik oleh laporan Kosmo pada 18 Julai 2021.
Tambah beliau, penemuan penyu agar itu merupakan kematian ke-24 direkodkan di seluruh Terengganu sejak Januari tahun.
Sementara itu, orang awam boleh memaklumkan
kepada Pejabat Daerah Perikanan terdekat atau menghubungi talian 03-88885019
sekiranya menemukan penyu hidup atau mati. - KitaReporters