Pemeriksaan secara lebih terperinci oleh polis di setiap SJR termasuk di SJR Plaza Tol Temerloh, Pahang. -  Kredit foto: Kosmo


TIDAK berlaku pertambahan luar biasa aliran kenderaan keluar masuk ke Pahang dan kesesakan yang didakwa berlaku di Plaza Tol Bentong adalah kerana polis melakukan pemeriksaan secara lebih terperinci.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh @ Mohamad Daud berkata jumlah kenderaan keluar masuk adalah terkawal dan masih dalam situasi normal.

 “Tidak berlaku pertambahan luar biasa kenderaan dan keadaan trafik di SJR sememangnya terkawal, aliran keluar masuk kenderaan adalah normal.

“Ada yang mengatakan berlaku kesesakan tapi ia sebenarnya kerana polis memeriksa dengan lebih rapi di setiap sekatan jalan raya (SJR) termasuklah di SJR Plaza Tol Bentong dan bukannya ada pertambahan luar biasa kenderaan.

“Setakat ini tiada maklumat terkini berhubung jumlah kenderaan diarahkan berpatah balik memandangkan larangan penggunaan surat rentas negeri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) baru berkuatkuasa hari ini,” katanya dipetik laporan Kosmo, 18 Julai 2021.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusof berkata, keadaan trafik masuk ke Temerloh terkawal dan meskipun pemeriksaan terperinci dilakukan namun tidak berlaku kesesakan luar biasa termasuklah di SJR Plaza Tol Temerloh. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: