Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya telah menerima dua laporan polis yang dilakukan di sekitar Kuala Lumpur berhubung perhimpunan terbabit. 


POLIS akan memanggil semua Ahli Parlimen dan individu yang terlibat dalam perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka yang berlangsung awal pagi Isnin, 2 Ogos 2021.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya telah menerima dua laporan polis yang dilakukan di sekitar Kuala Lumpur berhubung perhimpunan haram terbabit.

“Pada awalnya, kita menerima maklumat mengenai perancangan beberapa individu yang ingin menganjurkan perhimpunan di bangunan Parlimen namun hasil semakan dari Parlimen mendapati tiada sebarang perhimpunan akan diadakan.

“Susulan itu, Polis Kuala Lumpur telah membuat persediaan menutup dan melencongkan sebahagian jalan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur terutama menuju ke bangunan Parlimen,” katanya seperti dipetik Kosmo pada Isnin, 2 Ogos 2021.

Kira-kira 500 pegawai dan anggota polis ditugas dalam mengawal pergerakan individu terbabit yang merancang berhimpun di laluan ke bangunan Parlimen sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

“Kita juga sedang menyiasat semua individu yang terbabit dalam perhimpunan itu dengan memanggil mereka bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Pemberitahuan Perhimpunan); Seksyen 12 A, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988; Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, 2021 (Larangan Berarak) dan Peraturan 10 peraturan sama iaitu (Kawalan Berhimpun). - KitaReporters


BEBERAPA Ahli Parlimen pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka selepas tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen. - Kredit foto: Utusan Malaysia

2
0
0
0
1

Copy Link: