Berita Terkini| PLUS lakukan kerja-kerja penyelenggaraan sistem RFID! Di beberapa tol terpilih!
Published bySISTEM RFID Touch ‘n Go dapat melancarkan aliran trafik di lorong tol sekali gus menjimatkan masa pengguna dalam menuju ke destinasi yang hendak dituju. - Kredit foto: Sinar Harian
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melakukan kerja penyelenggaraan sistem teknologi Radio Frequency Identification (Pengecaman Frekuensi Radio atau RFID) di beberapa plaza tol terpilih kendaliannya bermula 1 pagi hingga 4 pagi pada Selasa, 17 Ogos hingga Rabu,18 Ogos 2021 ini.
Ketua Pegawai Operasi
PLUS Zakaria Ahmad Zabidi berkata, langkah itu adalah sebagai antara usaha
berterusan untuk meningkatkan tahap keselesaan, keselamatan dan penambahbaikan
pengalaman pengguna di sepanjang lebuh raya dikendalian pihaknya.
"Kerja-kerja
penyelenggaraan itu akan membabitkan pengguna RFID di sembilan plaza tol dari
Hutan Kampung ke Sungai Dua; Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang; Plaza Tol Jitra;
Plaza Tol Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE)-Kubang Semang dan Lunas.
Selain itu, Plaza Tol
Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)-Mambau dan Lukut; Plaza Tol Kempas
serta Plaza Tol Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)-Perling,
Lima Kedai dan Tanjung Kupang turut terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan
berkenaan.
"Penyelenggaraan dan penambahbaikan itu membabitkan peningkatan kemampuan Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (UPS) di Persada PLUS yang mungkin menjejaskan kebekersanan operasi sistem RFID di plaza tol secara keseluruhan.
"Bagaimanapun, sistem kad Touch 'n Go masih berfungsi seperti biasa dan boleh digunakan sebagai alternatif," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Isnin, 16 Ogos 2021.
Sehubungan itu, Zakaria menasihati pengguna supaya merancang perjalanan mereka dan
memastikan baki kad Touch 'N Go sentiasa mencukupi. - KitaReporters