Berita Terkini| PKPD Selangor, KL: Penduduk diberikan vaksin! 8 mukim Selangor, 14 lokaliti KL!

Published by
KitaReporters


KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan menjalankan beberapa aktiviti, termasuk pemberian suntikan vaksin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata suntikan pelalian akan diberikan kepada penduduk di lapan mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur, selain yang tinggal di sekitar kawasan dikenakan PKPD.

Bagaimanapun, individu yang sedang menjalani kuarantin sebagai kontak rapat kepada kes positif Covid-19 hanya akan menerima suntikan vaksin masing-masing selepas sampel calitan kali kedua disahkan negatif.

"Bagi individu-individu lain, pemberian suntikan vaksin boleh dibuat di kawasan PKPD, mengikut perancangan oleh KKM," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian, pada Sabtu 3 Julai 2021.

Kelmarin pengumuman pelaksanaan PKPD dilaksanakan di lapan daerah dan 34 mukim di Selangor serta 14 lokaliti di Kuala Lumpur, selama 14 hari bermula 3 Julai hingga 16 Julai 2021.

Keputusan itu dibuat selepas kedua-dua negeri berkenaan menunjukkan pola jangkitan Covid-19 yang tinggi, dengan Selangor melaporkan kes harian antara 1,800 hingga 1,900, manakala Kuala Lumpur, 600 hingga 1,000 kes. - KitaReporters


 

 

0
0
0
0
0

Copy Link: