Berita Terkini| Imam, bilal antivaksin akan dipanggil! Bagi beri penjelasan, maklumat sebenar!
Published byKUMPULAN bilal dan imam yang masih antivaksin akan dipanggil untuk dibantu dengan pelbagai mekanisme yang disediakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, langkah tersebut amat penting bagi memastikan kumpulan berkenaan tidak terkecuali dalam mendapatkan vaksin Covid-19.
“Kalau kita lihat kepada jumlah tahap pengambilan vaksin dalam negara sudah tinggi, namun kita akan teruskan lagi beri penerangan dan penjelasan kepada golongan antivaksin ini.
“Kalau perlu untuk kita panggil, kita akan panggil sebagaimana sesetengah negeri lakukan melibatkan kelompok sasar yang tidak mahu mengambil vaksin sebab terpengaruh dengan dakyah dan propaganda pihak tertentu.
“Bukan tindakan undang-undang, tetapi tindakan memberi penerangan, penjelasan dan kaunseling.
"Kita juga akan melakukan perkara yang sama selaras dengan semua agensi kerajaan di bawah kita termasuklah imam dan bilal,” katanya seperti
dipetik Sinar Harian, Sabtu, 4
September 2021. - KitaReporters