Berita Terkini| Sindiket menyamar sebagai ‘pegawai polis’! Guru rugi RM36k ditipu ‘Tuan Chong’!
Published byGambar hiasan... Mangsa terlebih dahulu dihubungi seorang wanita mendakwa wakil insurans sebelum panggilan disambung kepada pihak 'polis'. Kredit foto: Sumber internet
SEORANG guru
berusia 52 tahun dari Jerantut, Pahang kerugian RM36,000 setelah ditipu sindiket
yang menyamar sebagai pegawai polis dikenali sebagai ‘Tuan Chong’.
Terdahulu, mangsa yang didakwa oleh 'Tuan Chong' sebagai terlibat dalam pengubahan wang haram RM2.18 juta dikatakan
akur dengan semua perintah pegawai polis itu termasuk membeli satu nombor
baharu bagi mudah dihubungi serta elak dikesan dan ditangkap.
Ketua
Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata
kejadian berlaku sejak awal September
2021 apabila mangsa menerima panggilan daripada Natasha Ismail iaitu wakil sebuah
insurans.
“Suspek
mendakwa mangsa ada membuat empat tuntutan membabitkan kemalangan berjumlah
RM76,800 namun dinafikan guru berkenaan. Suspek kemudiannya memaklumkan ia adalah tuntutan palsu.
“Bagi
membersihkan nama mangsa, suspek meminta maklumat peribadi mangsa yang selepas
itu disambungkan kepada seorang anggota polis berpangkat sarjan.
“Mangsa diberitahu oleh ‘sarjan’ yang dirinya terlibat kes jenayah sindiket pengubahan wang haram.
"Panggilan kemudiannya disambungkan kepada pegawai polis dikenali sebagai ‘Tuang Chong’ serta 'Puan Yong',” katanya dipetik laporan Sinar Harian siaran 16 September 2021.
Tambah beliau,
suspek mengarahkan mangsa supaya 'unlink' akaun dari Bank Islam ke Tabung Haji bagi
membolehkan pihaknya menyiasat kemasukan wang haram serta meminta mangsa
jadikan enam digit awal nombor kad pengenalan sebagai nombor pin kad bank
tersebut.
Ujarnya
lagi, mangsa diugut tidak memberitahu sesiapa perkara itu dan pada 15 September
2021, mangsa membuat semakan akaun Tabung Haji miliknya lalu mendapati sebanyak
RM20,000 telah lesap.
“Mangsa
turut membuat membuat semakan akaun Bank Rakyat dan mendapati kehilangan wang
berjumlah RM16,000. Susulan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis
Daerah Jerantut selepas merasakan dirinya telah ditipu.
"Laporan polis itu juga sebagai perlindungan kerana mangsa risau tentang keselamatan diri, keluarga dan maklumat peribadi serta takut sebarang kemungkinan pada kemudian hari.
"Kes
disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” ujar Mohd Wazir. -KitaReporters