Kambing dipercayai cuba diseludup dua lelaki yang berjaya dirampas anggota PGA di SJR Banggol Kong, Rantau Panjang. -  Kredit foto: Ihsan PGA7


DUA lelaki ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sekatan jalan raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah, Rantau Panjang setelah dipercayai cuba menyeludup enam ekor kambing dalam kejadian pada 1 Oktober 2021.

Kedua-dua suspek yang berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam ketika melalui SJR berkenaan dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Mitsubishi Triton.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, terdahulu anggota PGA bertugas menahan kenderaan itu sebelum kemudiannya menjalankan pemeriksaan di bahagian belakang.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat enam ekor kambing yang telah ditutup menggunakan kanvas. Kedua-dua lelaki mereka juga gagal kemukakan sebarang dokumen sah melibatkan perjalanan muatan dibawa mereka.

“Haiwan berkenaan telah ditutup bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Kedua-dua lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut,” katanya dipetik laporan Kosmo, 2 Oktober 2021.

Tambah beliau, kesemua kambing tersebut termasuk kenderaan turut dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953. - KitaReporters


16
13
0
10
0

Copy Link: