Berita Terkini| Agong terima peletakan jawatan Muhyiddin! Caretaker sehingga PM baharu dilantik!
Published byYANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyidddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan peletakan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta.
Datuk Pengelola Bijaya
Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, susulan
peletakan jawatan itu, Seri Paduka turut berkenan supaya Muhyiddin menjalankan
tugas sebagai Perdana Menteri caretaker (sementara) sehingga seorang Perdana Menteri baharu
dilantik.
"Ini selaras
Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Seri
Paduka hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda
mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri
baharu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.
"Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada Mahiaddin dan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional (PN) bermula 1 Mac 2020, khususnya dalam memerangi pandemik COVID-19.
"Selaku Ketua
Utama Negara, Seri Paduka memahami dan menghormati sistem dan proses
perundangan negara dan juga menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahiaddin
berteraskan Keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin, 16 Ogos 2021.
Selaku ketua Utama
Kerajaan, Yang di-Pertuan Agong memahami dan menghormati system dan proses perundangan negara
dan menghormati keputusan yang dibuat berteraskan keluhuran Perlembagaan
Persekutuan dan kedaulatan Undang-undang, menurut kenyataan itu lagi.
Sesi menghadap itu
berlangsung di Istana Negara itu selama 30 minit bermula jam 12.30 tengah hari.
Dalam pada itu, Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi SPR bahawa sehingga 10 Ogos lalu, sebanyak 484 atau 79 peratus daripada 613 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah zon merah COVID-19.
"Justeru pada
hemat Seri Paduka, pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan satu
pilihan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat,"
katanya.
Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar kemelut politik yang berlarutan tanpa kesudahan yang telah mengganggu kelancaran tadbir urus negara ini dapat diakhiri demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang diancam oleh pandemik COVID-19.
"Seri Paduka turut mengambil kesempatan ini menyeru seluruh rakyat agar bertenang dan bersama baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi daripada sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera," katanya. - Kitareporters