Istana Balai Besar di Kota Bharu, Kelantan dibuka bagi program pemberian vaksin Covid-19 untuk rakyat. - Kredit foto: Bernama


SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V memperkenan Istana Balai Besar di Kota Bharu, Kelantan dibuka bagi memberi kemudahan kepada rakyat jelata menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar berkata istana tersebut satu-satunya di negeri berkenaan dibuka bagi pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK 19).

“Fasa pertama telah diadakan Jun 2020 lalu melibatkan 350 individu menerima vaksin Sinovac. Manakala fasa kedua selama lima hari bermula 1 Ogos 2021 dengan 2,000 penerima suntikan vaksin jenis Pfizer secara berperingkat-peringkat.

“Sultan Muhammad V memuji rakyat Kelantan yang mendaftar untuk divaksinkan. Baginda menitahkan rakyat ambil serius terhadap peningkatan kes Covid-19 dan memainkan peranan melindungi diri serta keluarga,” katanya dipetik laporan Sinar Harian, 1 Ogos 2021.

Tengku Azmi turut memaklumkan pihak istana juga dalam perancangan anjurkan program di Istana Balai Besar itu seperti penyerahan bakul makanan kurniaan baginda kepada rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19. KitaReporters


 

 

 

0
0
0
0
0

Copy Link: