Berita Terkini| 382 kakitangan MAIK potong gaji! Dana terkumpul lebih 100k! Bantu golongan susah

Published by
KitaReporters

Timbalan Yang Dipertua MAIK Zulkifle Ab Rahman berkata, pemotongan gaji yang dimasukkan ke dalam Dana Awam Baitulmal dan setakat ini jumlah terkumpul lebih RM100,000


SERAMAI 382 kakitangan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengambil inisiatif membuat pemotongan gaji bagi mengumpul dana untuk membantu seluruh golongan yang memerlukan di negeri berkenaan.

Timbalan Yang Dipertua MAIK Zulkifle Ab Rahman berkata, pemotongan gaji yang dimasukkan ke dalam Dana Awam Baitulmal itu bermula pada Januari 2021 dan setakat ini, jumlah dana yang terkumpul sudah melebihi RM100,000.

“Konsep pemotongan gaji secara sukarela ini akan berakhir sehingga kakitangan MAIK yang antaranya terdiri daripada pegawai dan imam masjid di bandar negeri ini, sampai tempoh bersara.

“Gaji yang dipotong ini bukan untuk kakitangan tetapi bagi membantu seluruh masyarakat yang memerlukan seperti asnaf termasuk orang bukan Islam,” katanya seperti dipetik oleh Bernama pada Sabtu, 17 Julai 2021.

Zulkifle berkata, inisiatif pemotongan gaji itu bukan sahaja usaha untuk membantu golongan terkesan susulan pandemik Covid-19, tetapi ia juga merangkumi semua aspek bantuan serta kebajikan. - KitaReporters


 

0
0
0
0
0

Copy Link: