PETUGAS kesihatan di Kementerian Kesihatan (KKM) bakal menerima cuti tambahan dalam menangani tekanan terhadap mereka ketika membendung wabak Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, selain cuti tambahan itu, pihaknya juga akan menggerakkan unit psikologi untuk melaksanakan sesi kaunseling kepada mereka yang tertekan.

"Kita akan lihat bagaimana untuk kurangkan beban petugas kesihatan, namun jika dilihat kejayaan di Lembah Klang apabila vaksinasi dah berjaya, kita mula lihat kapasiti pesakit kritikal di hospital agak menurun dan memberikan kelegaan kepada petugas barisan hadapan.

"Jadi kita akan meneruskan usaha dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan kesihatan awam, yang mampu menyumbangkan penurunan kes dan kurangkan tekanan terhadap petugas kesihatan," katanya dalam kenyataan, pada Khamis, 9 September 2021. - KitaReporters


11
16
0
14
0

Copy Link: