HPP merancang penggunaan katil dari unit atau wad lain bagi menampung kapasiti pesakit Covid-19 di hospital berkenaan. - Kredit foto: Sumber internet.


KADAR penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang (HPP) kini sudah mencapai 100 peratus ekoran peningkatan kes positif Covid-19 di negeri berkenaan sejak kebelakangan ini.

Pengarah HPP, Datuk Dr Teo Gim Sian berkata susulan itu pihaknya merancang menggunakan katil dari unit atau wad lain bagi menampung kapasiti pesakit Covid-19 yang perlukan rawatan intensif di hospital itu.

“Kita sudah bersedia dan membuat persiapan untuk hadapi gelombang itu dengan memperuntukkan katil yang mencukupi bagi kegunaan pesakit.

"Pembukaan Kompleks Masyarakat Penyayang sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) bakal beroperasi minggu depan akan dapat kurangkan kesesakan pesakit di HPP.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri atas pembukaan ini. Selain itu, kita sudah bekerjasama dengan empat hospital swasta bagi kes pesakit bukan Covid-19 untuk dapatkan rawatan,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro, 27 Ogos 2021.

Tambah beliau, tempat penyimpanan mayat di hospital berkenaan adalah mencukupi buat masa ini namun persiapan dan persediaan rapi tetap dilakukan. - KitaReporters


0
0
2
0
0

Copy Link: