Berita Terkini| KPDNHEP cadang subsidi untuk penternak ladang ayam? Kawal kenaikan harga ayam!
Published byGambar hiasan... Sistem subsidi kepada pengusaha ladang ternakan ayam dicadangkan bagi kawal kenaikan harga ayam. - Kredit foto: ayambismi.com
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang untuk melaksanakan sistem subsidi kepada pengusaha-pengusaha terbesar ladang ternakan ayam yang dikenal pasti.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada
Kementerian
Kewangan (MOF) sebagai usaha mengawal kenaikan harga ayam di seluruh negara.
“Subsidi harga ini akan diberikan kepada 20 pengusaha ladang ayam yang telah dikenal pasti di tiga negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Perak yang ketika ini membekalkan 80 peratus bekalan ke seluruh negara.
“Kita telah adakan pertemuan dengan penternak atau pengusaha ladang ternakan ayam berkenaan dan pihak KPDNHEP akan kemukan cadangan kepada MOF dalam masa terdekat ini,” katanya dipetik oleh laporan Berita Harian 11 September 2021.
Tambah beliau, pihaknya optimis sistem subsidi bakal dilaksanakan itu mampu mengawal kenaikan harga ayam yang puratanya kini djual di pasar basah sejak kenaikan bermula awal September 2021 ini pada harga RM9 hingga RM10.50 sekilogram.
Katanya,
kenaikan harga ayam dikenal pasti berpunca daripada beberapa faktor termasuk
harga makanan ayam yang dikatakan meningkat (komponen makanan ayam seperti
jagung dan soya) yang diimport dari luar negara). - KitaReporters