Berita Terkini| Covid-19: Lebih 4k pelajar sekolah hilang ibu atau bapa! 154 jadi yatim piatu!
Published byRina (duduk, kanan) pada 10 Ogos 2021 menziarahi lima beradik di Flat Sri Perantau, Klang yang menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19. - Kredit foto: Kosmo
SERAMAI 4,422
murid sekolah yang mendaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah kehilangan
ibu atau bapa serta penjaga masing-masing sejak pandemik Covid-19 melanda negara
ini.
Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata
daripada jumlah berkenaan 154 orang kini bergelar yatim piatu setelah kedua-dua ibu bapa
mereka meninggal dunia.
“Pihak
kementerian telah mengambil inisiatif memberi sokongan termasuk dalam bentuk
pemberian kewangan bagi tampung keperluan hidup murid terbabit serta ahli
keluarga. Bantuan diberikan adalah tabung bantuan segera serta bantuan
kanak-kanak.
“Kadar
bantuan bulanan di bawah skim bantuan kanak-kanak dan bantuan pesakit terlantar
kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dinaikkan oleh kerajaan seperti dibentangkan
sewaktu pengumuman Belanjawan 2021.
"Kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun layak menerima RM200 seorang, manakala yang berusia tujuh tahun ke atas peroleh bantuan RM150 bagi seorang," katanya dipetik laporan Sinar Harian pada 20 September 2021.
Tambah Rina
lagi, untuk pertama kali juga menerusi Belanjawan 2021 kadar bantuan maksimum
kanak-kanak dinaikkan daripada RM450 sekeluarga kepada RM1,000 sekeluarga. - KitaReporters