Lokasikejadian pergaduhan di Kampung Kelubi Dalam, Jitra hingga menyebabkan mangsa cederaparah. - Kredit foto: Kosmo


SEORANG lelaki berusia 27 tahun cedera parah setelah pergelangan tangan kirinya hampir putus ditetak oleh jiran dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah rumah di Kampung Kelubi Dalam, Jitra.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang pada 20 September 2021 itu, mangsa terlebih dahulu pergi ke rumah suspek yang berusia 29 tahun sebelum berlaku pergaduhan antara mereka.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata pergaduhan antara dua lelaki yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan itu menggunakan sebilah parang serta pedang.

“Akibat pergaduhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada pergelangan tangan kiri dan dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan.

“Manakala suspek yang cedera pada bahagian perut ditahan untuk tindakan lanjut. Kedua-dua senjata tajam digunakan turut dirampas,” katanya dipetik daripada laporan Kosmo, 20 September 2021.

Ujar beliau lagi, pihak polis kini masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan suspek dipercayai merupakan seorang pesakit mental. - KitaReporters


11
10
0
11
0

Copy Link: