Penggunaan semasa katil rawatan pesakit Covid-19 di HRPZ II kini mencecah antara 98 hingga 99 peratus. - Kredit foto: Sumber internet


SERAMAI 40 wanita mengandung yang positif Covid-19 kategori dua dan tiga kini sedang menerima rawatan di wad khas Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata majoriti usia kandungan ibu hamil yang sedang menerima rawatan di dua wad khas hospital tersebut bermula 27 minggu ke atas.

"Wanita mengandung yang positif Covid-19 perlu dianggap golongan berisiko kerana ia melibatkan  dua pihak iaitu ibu dan anak.

“Melihat kepada angka wanita hamil sedang dirawat akibat Covid-19 ini, dicadangkan pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC) turut memiliki kemudahan rawatan, ada ruang tempatkan ibu-ibu mengandung.

“PKRC tersebut perlu dekat dengan hospital supaya mudah untuk datang ke hospital bagi dapatkan rawatan sekiranya perlu," katanya dipetik daripada laporan Bernama pada 14 Ogos 2021.

Dalam perkembangan lain, Dr Selasawati memaklumkan penggunaan katil rawatan pesakit Covid-19 di HRPZ II kini mencecah antara 98 hingga 99 peratus menyebabkan pihaknya terpaksa menukar wad biasa kepada wad Covid-19.

“Kita tukar wad-wad sedia ada untuk dijadikan wad Covid-19, manakala untuk pesakit bukan Covid-19, kita buka dewan syarahan, lobi serta mana-mana ruang yang boleh untuk diberikan rawatan seterusnya menampung kes bukan Covid-19,” ujarnya. KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: