Berita Terkini| Kemasukan pesakit kategori empat ke MAEPS berkurangan! Bukti keberkesanan PICK!
Published byJUMLAH kemasukan pesakit kategori empat ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang menunjukkan berkurangan yang ketara berbanding tempoh tiga minggu lalu.
Pengarah PKRC MAEPS,
Dr Shahabuddin Ibrahim berkata ketika ini, seramai 109 pesakit kategori empat
berada di kemudahan itu berbanding purata kemasukan pesakit antara 450 dan 500
pesakit kategori empat sebelum ini.
“Jumlah tertinggi
kemasukan pesakit kategori empat adalah seramai 525 orang pada 8 Ogos 2021 lalu.
"Ini menunjukkan
pengurangan sangat ketara di sini (PRKC MAEPS) berbanding purata pesakit
kategori empat iaitu seramai 450 hingga 500 orang pada tiga minggu lalu.Pesakit
juga kurang memerlukan bantuan oksigen berbanding dahulu. Alhamdulillah,"
katanya seperti dipetik Berita Harian, Sabtu, 28 Ogos 2021.
Sejak seminggu
kebelakangan ini, beberapa hospital sekitar Lembah Klang yang menjadi pusat
rawatan Covid-19 melaporkan penggunaan katil untuk pesakit kritikal semakin
berkurangan berbanding awal Julai lalu, yang kebanyakannya mencapai penggunaan
kapasiti sepenuhnya.
Keadaan itu antara
lain membuktikan keberkesanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),
selain keadaan yang terkawal di hospital terbabit. - KitaReporters