Berita Terkini| 44 guru di Melaka belum divaksin! Usaha dekati cikgu bagi pujuk terima suntikan
Published byKIRA-KIRA 41 guru di Melaka dikesan menolak pemberian suntikan vaksin Covid-19, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Datuk Noor Effandi Ahmad.
Dalam
tempoh sebulan ini pihaknya bersama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) akan mengambil langkah
mendekati semua guru terbabit supaya dapat menerima vaksin.
“Sesi libat
urus akan diadakan pihaknya bersama JPNM bagi mendekati guru terbabit supaya
bersetuju menerima vaksin dalam tempoh terdekat.
"Berdasarkan
data, terdapat 13,800 guru di negeri ini dan daripada jumlah itu, kira-kira 0.2
peratus dalam kalangan mereka enggan divaksin. Mereka ini saya tidak mahu
melabelkan sebagai antivaksin, mungkin mereka tidak faham atau belum terbuka
hati lagi," katanya seperti dipetik daripada laporan Berita
Harian, Khamis, 28 Ogos 2021.
Setakat ini, 94 peratus guru di Melaka sudah menerima
sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin, manakala 479 sedang menunggu janji temu.
Noor Effandi berkata, semua guru perlu memainkan peranan dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) memandangkan sekolah dijangka akan dibuka secara berperingkat-peringkat mulai awal Oktober. - KitaReporters