Berita Terkini| Keputusan masuk IPTA ! Boleh semak mulai 12 tengah hari Jumaat 16 Julai 2021!
Published byKPT memaklumkan hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan. - Kredit foto: malaysiagazette
KEPUTUSAN permohonan kemasukan ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma, serta Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Universiti Teknologi Mara (UiTM), bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan esok Jumaat, 16 Julai 2021.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan
berkata, pemohon boleh menyemak secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari di
pautan https://jpt.utm.edu.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my;
https://jpt.ums.my dan http://jpt.umt.edu.my.
Menurut KPT, pengesahan setuju terima tawaran dan
surat tawaran boleh dicetak mulai Sabtu, 17 Julai hingga 26 Julai 2021 ini dalam laman web
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan ILKA.
"Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan
ILKA pada hari yang sama calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam
tempoh 10 hari seperti dinyatakan,” katanya seperti dipetik oleh Bernama, Khamis 15 julai 2021.
KPT berkata, hanya pemohon yang gagal dan mendapat
tawaran program sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui
UPUOnline bagi kemasukan ke universiti awam dan politeknik di
https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai esok, 16 Julai hingga 26 Julai 2021.
Rayuan ke kolej komuniti dan ILKA pula boleh diajukan
terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.
Menurut KPT, tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan. - KitaReporters
Menurut KPT, tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan. kredit Foto: Astro Awani