ANGGOTA Lembaga Zakat Selangor mengunjungi kediaman Man Kidal sambil menyampaikan bantuan barangan asas serta membantu dari segi kewangan bulanan. - Kredit foto: Facebook Lembaga Zakat Selangor


KEPERITAN hidup pemain gitar tanah air, Man Kidal telah mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZT) yang tampil membantu meringankan beban keluarga berkenaan yang terputus pendapatan.

LZT menerusi Facebook tampil menghulurkan bantuan dan mendaftarkan dirinya sebagai asnaf sementara sehingga kehidupannya dapat bangkit semula.

Man Kidal atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mahmood dan isteri kini disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

Pihak zakat dalam kenyataan memaklumkan akan membantu Man Kidal dan keluarganya dari segi kewangan bulanan, sewa rumah, dan tunggakan bil utiliti.

LZS berharap bantuan berkenaan dapat memberi semangat kepada pemuzik itu dan keluarganya untuk berjuang dalam keadaan mencabar ini.

"Terima kasih kepada pengeluar zakat kerana dalam situasi sebeginilah segala bayaran zakat anda kami manfaatkan buat mereka yang benar-benar memerlukan," kata LZT seperti dipetik dalam Facebook LZS pada Ahad, 25 Julai 2021.

Sebelum ini Man Kidal yang kini berusia 58 tahun itu dilaporkan berdepan kesempitan hidup sehingga memaksa beliau menjual barangan peribadi termasuk kenderaannya untuk meneruskan kelangsungan hidup. - KitaReporters


0
0
2
0
0

Copy Link: