Berita Terkini| Individu lengkapkan 2 dos vaksin akan dapat 'keistimewaan', kelonggaran - PM!
Published byTan Sri Muhyiddin Yassin meminta Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 untuk menilai semula mereka yang lengkap divaksinasi diberi kelonggaran tertentu.
PERDANA Menteri memberi bayangan kepada individu yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 akan terima ‘keistimewaan’ melalui beberapa kelonggaran tertentu yang boleh diberikan kepada mereka.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa
pengurusan Covid-19 diminta untuk menilai semula mereka yang lengkap divaksinasi itu
diberi kelonggaran sama ada dari segi perjalanan, pergi ke kedai atau makan di
restoran.
Beliau berkata, petanda itu menunjukkan bahawa
sementara kerajaan menguruskan Covid-19, kehidupan rakyat sedikit demi sedikit
akan kembali semula seperti pada masa lalu.
“Ini merupakan inisiatif ke depan dan tempoh jangka masa ikut Pelan Pemulihan Negara (PPN) itu, hanya sehingga akhir tahun.
“Jadi bersabarlah, jangan kata kerajaan tak bagi tumpuan. Jangan sekali-kali percaya dengan kempen kerajaan gagal, tapi yakin dengan kerjasama kita, pimpinan dalam kerajaan serta rakyat dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) kita boleh menang menghadapi peperangan ini,” katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia pada Khamis, 15 Julai 2021. - KitaReporters