Gambar hiasan... Golongan wanita hamil boleh dapatkan suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan ibu dan anak.


WANITA mengandung boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan ibu dan anak tanpa perlu menunggu tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata panggilan vaksin bagi golongan tersebut adalah di bawah urusan klinik kesihatan ibu dan anak.

“Mereka tidak perlu melalui atau menunggu janji temu dalam aplikasi MySejahtera dan kaedah ini sebenarnya lebih cepat berbanding 'walk-in' (jumpa terus).

“Arahan dan garis panduan daripada beberapa pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) sudah sedia diperoleh bagi proses vaksinasi ibu mengandung termasuk penetapan mengenai usia kehamilan di antara tempoh 14 hingga 33 minggu.

“Setakat ini,  golongan terbabit tidak dimasukkan sebagai kumpulan yang layak menerima pelalian secara tanpa janji temu (walk-in) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya dipetik laporan Berita Harian, 9 Ogos 2021.

Tambah beliau, bagaimanapun pihaknya menyambut baik cadangan untuk memasukkan golongan ibu mengandung sebagai penerima vaksin secara ‘walk in’ dan ia mungkin hanya dilaksanakan selepas selesai urusan vaksinasi warga emas serta golongan komorbid.

“Buat masa ini vaksinasi secara 'walk-in' masih ditumpukan kepada kepada individu berusia 60 tahun ke atas dan golongan komorbid terlebih dahulu,” ujarnya. KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: