Berita Terkini| Penerbangan Ipoh - Langkawi bermula 17 Sept! 3 kali seminggu! Syarikat AirAsia!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan… Penerbangan dua hala dari Ipoh ke Langkawi dijadualkan bermula pada 17 September 2021. - Kredit foto: Youtube MrKesavaraj


PENERBANGAN dua hala dari Ipoh ke Pulau Langkawi sebanyak tiga kali seminggu akan dimulakan syarikat penerbangan AirAsia dengan penerbangan pertama bermula pada 17 September 2021.

Memetik laporan Kosmo pada 12 September 2021, AirAsia menerusi satu kenyataan memaklumkan ia susulan pembukaan semula sektor pelancongan.

“Setakat ini tiada sekatan penerbangan domestik namun kapasiti maksimum dibenarkan 180 penumpang bagi setiap penerbangan.

“Bagi perjalanan dari Ipoh ke Langkawi, penerbangan pertama bermula 17 September 2021 manakala dua lagi penerbangan seterusnya dijadualkan pada 19 dan 22 September 2021.

“Penerbangan pertama, penumpang bakal menaiki pesawat Airbus A320 jam 1.40 petang di Ipoh dan dijangka tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pukul 2.30 petang,” ujarnya.

Tambah kenyataan tersebut, buat masa ini Air Asia belum dapat memaklumkan waktu penerbangan selepas tarikh 22 September 2021 kerana berkemungkinan ia dijadualkan semula mengikut keperluan semasa. - KitaReporters


12
10
0
14
0

Copy Link: