Berita Terkini| Pasang kamera ‘intip’ di dalam bilik mandi hospital! Pembantu perawatan ditahan!

Published by
KitaReporters

Kamera mini yang ditemukan dipasang dalam bilik mandi sebuah wad di Hospital Kulim oleh seorang pembantu perawatan kesihatan. - Kredit foto: Ihsan PDRM


SEORANG lelaki bertugas sebagai pembantu perawatan kesihatan di Hospital Kulim ditahan oleh polis berhubung penemuan sebuah kamera mini dipasang di dalam bilik mandi salah sebuah wad di hospital itu.

Suspek berusia 35 tahun itu ditahan jam 7.20 petang pada 16 September 2021 di hadapan sebuah wad di hospital itu setelah segalanya terbongkar susulan seorang jururawat terdengar bunyi benda terjatuh dalam bilik mandi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata jururawat berusia 30 tahun itu kemudiannya membuat pemeriksaan lalu menemui peralatan elektronik itu dalam kotak tisu yang dilekat pada dinding.

“Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, jururawat terbabit menghubungi polis setelah curiga melihat peralatan berkenaan. Hasil laporan, polis menahan seorang pembantu perawatan kesihatan lelaki kira-kira sejam kemudian.

“Selain kamera mini, polis turut merampas pengecas mudah alih, sebuah telefon bimbit, dua kad SIM, kad memori dan kabel daripada suspek,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro, 18 Septenber 2021.

Tambah beliau, hasil siasatan awal suspek mendakwa meletakkan kamera mini dibelinya dalam aplikasi platform e-dagang sejak sebulan lalu itu jam 5 petang pada hari sama peralatan itu ditemukan.

Katanya lagi, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. - KitaReporters


9
10
0
14
0

Copy Link: