Gambar hiasan... Polis telah pun ambil keterangan individu yang mendakwa disuntik vaksin Covid-19 gunakan picagari kosong


SEORANG individu yang mendakwa disuntik dengan picagari kosong ketika mendapatkan vaksin Covid-19 di sebuah hospital di Kuala Langat telahpun diambil keterangan berkaitan dakwaan itu oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata polis juga turut mengambil pegawai kesihatan yang memberikan suntikan berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Beberapa lagi kakitangan kesihatan kini dalam proses dirakam percakapan mereka sebagai saksi.

“Kita jangka kertas siasatan mungkin siap minggu depan untuk dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor,” katanya yang dipetik laporan Berita Harian pada 10 Julai 2021.

Terdahulu, tular dalam media sosial dakwaan seorang lelaki yang disuntik dengan picagari kosong ketika mendapatkan vaksin Covid-19 di sebuah hospital dan dia dikatakan merakam proses berkenaan.

Namun, apabila melihat semula rakaman tersebut lelaki tersebut mendapati tiada cecair vaksin di dalam picagari tersebut selain jarum suntikan juga tidak ditekan. KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: