Gambar hiasan... Rakyat Malaysia dijangka dapat kebenaran menunaikan umrah pada akhir tahun 2021 bergantung kepada perkembangan kes Covid-19. - Kredit foto: AFP


RAKYAT Malaysia yang berhasrat untuk menunaikan umrah dijangka perlu menunggu sehingga akhir tahun 2021 ini memandangkan kes jangkitan Covid-19 dalam negara buat masa ini masih tinggi.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata jangkaan tempoh itu relevan dengan harapan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjaya mengawal penularan pandemik Covid-19.

“Walaupun Arab Saudi mengumumkan ibadah itu dibuka semula kepada jemaah dari luar negara bermula 10 Ogos 2021, namun bagi Malaysia kita jangka sekitar November dan Disember barulah akan dapat pelepasan.

“Kita faham keaadan semasa. Sekatan masih dibuat kerajaan adalah baik, kita risau ada jangkitan dalam kalangan jemaah dan apabila balik ke tanah air ia tersebar sehingga burukkan lagi keadaan.

“Pada masa ini juga belum ada perkembangan terkini kebenaran untuk menunaikan ibadat umrah

dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Imigresen,” katanya yang dipetik laporan Berita Harian pada 26 Julai 2021.

Untuk info, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membuka semula ibadat umrah kepada warga tempatan pada 25 Julai 2021 manakala jemaah antarabangsa bermula 10 Ogos 2021. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: