Berita Terkini| Wanita dirogol, diliwat sehingga maut! Mayat disorok penceroboh di bawah katil!
Published byGambar hiasan... Mangsa dirogol dan diliwat sehingga mati oleh seorang lelaki menceroboh masuk rumahnya di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal. Kredit foto: Gambar internet
SEORANG wanita berusia 40-an ditemukan mati setelah dirogol dan diliwat sebelum
mayatnya disorokkan di bawah katil di dalam sebuah bilik di sebuah rumah jenis teres dua tingkat
di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal.
Kejadian
menyayat hati itu terbongkar pada 28 Ogos 2021 susulan seorang kenalan pergi ke rumah tersebut
setelah mangsa tidak datang berjumpa dengannya seperti dijanjikan.
Ketua Polis
Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, terdahulu
sebelum mangsa ditemukan, saksi mendakwa melihat seorang lelaki bermotosikal
keluar dari rumah mangsa.
“Saksi kemudiannya
menghubungi kakak mangsa. Semasa pemeriksaan dibuat, keadaan rumah didapati
berselarak dan dikejutkan dengan penemuan mayat mangsa terbaring di bawah katil
di dalam bilik tingkat bawah.
“Seorang
jiran mangsa turut mendakwa melihat seorang lelaki keluar dari rumah itu
kira-kira jam 4.30 petang hari sama dengan menunggang motosikal jenis SYM,”
katanya dipetik laporan Utusan Malaysia pada 29 Ogos 2021.
Tambah Chong
Chern berkata, bertindak hasil maklumat polis berjaya menahan seorang lelaki
berusia 29 tahun yang bersembunyi di Changkat Sungai Jawi.
Ujarnya, hasil
siasatan mendapati sehari sebelum kejadian suspek yang punyai lima rekod
jenayah lampau dikatakan ke rumah rakannya di Kampung Wellesley, Sungai Bakap sekitar
jam 6 petang untuk menghisap syabu.
“Suspek
kemudiannya bersiar-siar di kawasan taman perumahan dengan meminjam motosikal
rakannya kira-kira jam 2 pagi sebelum menceroboh masuk ke rumah mangsa melalui tingkap
bahagian belakang.
“Dia mendakwa masuk ke dalam bilik tidur dan melihat
mangsa sedang tidur atas katil lalu bertindak merogol serta meliwat mangsa
tidak berapa lama kemudian.
“Namun ketika
wanita itu menjerit serta cuba melawan, mulutnya disumbat dengan seluar dalam
oleh suspek selain turut ditutup dengan tangan,” ujarnya.
Kata beliau lagi, melihat mangsa tidak bergerak dan disyaki telah meninggal dunia suspek menarik mayat mangsa lalu disembunyikan di bawah katil.
“Suspek
turut mengaku mengambil sebuah telefon bimbit, wang tunai dan loket milik
mangsa sebelum keluar dari rumah itu, namun telah membuangnya ke dalam sungai. Polis
masih jalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini,” katanya.
Difahamkan,
mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap di Nibong Tebal bagi tujuan
bedah siasat selepas keputusan ujian Covid-19 diperolehi. - KitaReporters