Berita Terkini| 80 kes bunuh diri di Perak sejak PKP! Tekanan jiwa punca utama! Majoriti lelaki!
Published byGambar hiasan... Tekanan jiwa menjadi faktor utama kejadian bunuh diri di Perak. - Kredit foto: FB Kelab Info Malaysia
SEBANYAK 80
kes individu di Perak direkodkan membunuh diri sejak pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2020 hingga Julai 2021 dengan majoritinya
adalah golongan lelaki.
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk
Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata tekanan jiwa menjadi faktor utama penyebab
kejadian tersebut dengan 33 kes.
“Selain itu
punca kepada tindakan bunuh diri adalah disebabkan tidak diketahui punca (24),
masalah kewangan (13), penyakit (4) dan masing-masing tiga kes masalah dadah serta
sakit mental.
“Jumlah
berkenaan adalah berdasarkan statistik dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM).
Jantina lelaki adalah lebih tinggi yang terlibat dalam kes berkenaan iaitu seramai
66 orang, manakala perempuan 14 orang.
“Berdasarkan
pecahan komposi kaum pula, seramai 32 melibatkan kaum Cina dan diikuti India (29),
lain-lain (11) serta Melayu lapan orang,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro
pada 27 Ogos 2021.
Tambah
beliau, berdasarkan statistik diperolehi dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP),
sejumlah 9,772 kes pesakit mental didaftar di negeri berkenaan bermula tahun
2020 sehingga Jun 2021.
"Sebanyak
5,213 kes pesakit mental didaftar pada sepanjang tahun 2020, manakala 4,559 kes
pesakit mental didaftarkan bermula awal Januari sehingga Jun 2021,”
ujarnya. - KitaReporters