SUMBANGAN barangan keperluan diagihkan kepada penduduk yang terkesan dengan kejadian fenomena kepala air di Yan, Kedah. - Kredit Foto: Utusan Malaysia


SUKARELAWAN yang tidak mematuhi prosedur operasi Standard (SOP) sepanjang melaksanakan misi bantuan di kawasan Titi Hayun, Yan akan dikenakan tindakan tegas oleh polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, buat masa ini negara masih lagi dalam fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mukim Yan masih dalam zon merah Covid-19.

Tegas beliau, antara kesalahan yang akan diambil tindakan termasuklah tidak memakai pelitup muka dan pengabaian-pengabaian lain SOP.

"Kita masih perlu jaga SOP, jadi kita nasihatkan kepada mereka yang hendak membantu terutama NGO, lapor dahulu kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sebelum datang menghulurkan sebarang bentuk bantuan," katanya seperti dipetik daripada Sinar Harian pada Ahad, 22 Ogos 2021.

Dalam masa sama, polis turut mengawal kemasukan NGO ke kawasan ini memandangkan terdapat kesesakan telah berlaku.

"Kita hormati hasrat murni mereka, ada yang datang jauh dari Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain, tetapi kita tidak mahu situasi ini menjadi punca penularan penyakit kepada orang lain. - KitaReporters


2
0
0
0
0

Copy Link: