Berita Terkini| Bekas Yang di-Pertua Sabah Sakaran Dandai meninggal! Akibat jangkitan Covid-19!
Published by
KitaReporters
--title--
BEKAS Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal dunia pada jam 6 pagi, Isnin, 30 Ogos 2021.
Berita pemergian itu disahkan oleh anak ketiganya, Datuk
Seri Nasir Sakaran.
"Ya benar ayah kami sudah meninggal dunia pagi
ini. Pihak hospital baru sahaja menghubungi pihak keluarga sebentar tadi.
"Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan
dimakamkan di Makam Pahlawan," katanya seperti dilapor oleh Berita Harian, Isnin, 30 Ogos 2021.
Terdahulu, bekas pemimpin utama Sabah yang berusia 91 tahun itu menerima rawatan di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, selepas dijangkiti Covid-19 pada Rabu, 18 Ogos 2021.
Bagaimanapun, keadaan beliau dikatakan menunjukkan perkembangan positif selepas itu. - KitaReporters
0
0
1
0
0