Berita Terkini| Mayat wanita warga emas ditemukan dalam rumah! Terhidu bau kurang menyenangkan!
Published byBAU busuk dihidu oleh jiran dari sebuah rumah di Garden Homes, Seremban 2 membawa kepada penemuan mayat wanita warga emas pada Isnin, 16 Ogos 2021.
Pegawai Operasi dari
Balai dan Bomba Penyelamat Seremban 2, PBK II Kamarulzaman Md Salleh berkata,
pihaknya menemukan mangsa berusia lingkungan 60 tahun itu dalam keadaan
terbaring tidak sedarkan diri
BAU busuk dihidu jiran dari sebuah rumah di Garden Homes, Seremban 2 membawa kepada penemuan mayat wanita warga emas berkenaan.
Siasatan awal
mendapati mangsa tinggal berseorangan di rumah itu.
"Jiran
memberitahu mangsa tidak keluar sejak beberapa hari lepas dan kali terakhir
dilihat keluar rumah pada Jumaat, 13 ogos lalu. Berasa pelik dengan keadaan itu,
jiran mangsa kemudian menghubungi bomba pada 10.11 pagi untuk meminta bantuan.
"Setiba di
lokasi, pihak bomba bertindak menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu
rumah mangsa dan menemukan mangsa terbaring tidak sedarkan diri di hadapan
pintu bilik air," katanya seperti dipetik oleh Bernama, pada Isnin, 16 Ogos 2021.
Menurutnya, punca
kematian mangsa masih disiasat dan mayat wanita itu diserahkan kepada polis
untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua
Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi
mengesahkan kematian warga emas itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. -
KitaReporters