Berita Terkini| 2022 tahun pemulihan Malaysia! MPN tingkat siap siaga, kukuh sistem kesihatan!
Published byPENGERUSI Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis dengan pendekatan keseluruhan negara dan jangka 2022 akan menjadi tahun pemulihan bagi Malaysia.
Beliau berkata, inisiatif ekonomi itu dilaksanakan kerajaan sejak Mac tahun 2020 lalu telah membentuk asas kukuh bagi membantu pemulihan negara.
“Dalam melaksanakan proses pemulihan, MPN akan membina dan mengkaji bagaimana untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia dan industri berkaitan bagi meningkatkan kesiapsiagaan untuk keluar dari status pandemik dan memasuki peringkat endemik serta bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan penularan pandemik pada masa depan.
“Kerajaan juga perlu mengenal pasti sektor ekonomi yang paling memerlukan perhatian, yang perlu dibantu untuk bangkit semula dengan tumpuan kepada pelancongan, pendidikan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.
“Ia juga perlu mengenal pasti dan memberi insentif kepada perniagaan yang mempunyai potensi pertumbuhan yang baik dalam tempoh jangka sederhana sehingga jangka panjang,” katanya dalam Sidang Kemuncak Pemulihan Negara yang diadakan secara maya pada Khamis, 9 September 2021.
Muhyiddin berkata, dengan mewujudkan ekosistem yang
kondusif dan mampan bagi pertumbuhan inklusif termasuk strategi bagi
pembangunan prasarana fizikal dan digital serta meningkatkan komitmen kepada
dasar Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), akan membolehkan negara
mencatatkan pemulihan yang pesat. -
KitaReporters