Berita Terkini| TMJ mahu berjumpa kumpulan guru tolak vaksin! Bantu selesaikan secara berhemah!
Published byKEPRIHATINAN seorang pemimpin kepada rakyat jelas terbukti apabila Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim bersedia turun padang dan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor serta sekumpulan guru yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19, dalam masa terdekat.
Tunku Ismail
menerusi dua ciapan dalam akaun Twitter baginda bertitah, pertemuan itu akan
diadakan bagi mencari penyelesaian isu berkenaan.
"Keutamaan
kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri
boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Insya-Allah
kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah," titah baginda
dalam ciapan berkenaan yang dipetik oleh Berita
Harian pada Ahad, 22 Ogos 2021.
Terdahulu, Pengerusi
Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang dalam Persidangan
Keempat DUN Johor memaklumkan kira-kira 779 guru di negeri ini menolak untuk
menerima vaksin Covid-19.
Katanya kerajaan
Johor akan memanggil 779 guru yang menolak vaksin itu secara individu bagi
diberi penerangan dan kaunseling supaya mereka faham kepentingannya apatah lagi
sesi persekolahan dijangka dibuka Oktober nanti. - KitaReporters