Berita Terkini| Gara-gara lamaran ditolak! Lelaki pecahkan cermin tingkap rumah teman wanita!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Suspek bertindak membaling batu ke arah tingkat rumah mangsa sehingga cermin pecah. -  Kredit foto: Sarawak Voice


HANYA kerana lamaran ditolak, seorang lelaki dipercayai memecahkan cermin tingkap bilik rumah teman wanitanya di Taman Indah, Klang pada 14 Julai 2021.

Bagaimanapun, suspek yang berusia 20 tahun itu kemudiannya ditahan polis jam 11 pagi, sehari selepas kejadian (15 Julai 2021) bersama dua lagi suspek di sebuah flat di Pandamaran, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata kejadian dipercayai akibat tidak puas hati seorang suspek terhadap teman wanitanya yang berusia 20 tahun kerana tidak mahu berkahwin dengannya setelah bercinta sejak kira-kira tujuh tahun lalu.

“Dalam kejadian kira-kira 3.20 petang itu, pengadu berusia 40 tahun yang ketika itu berada di tempat kerja telah terima panggilan daripada anak sulungnya memberitahu tingkap bilik rumah telah pecah.

“Anak pengadu mendakwa melihat sebuah motosikal Yamaha 135LC berwarna kuning dinaiki dua lelaki membaling batu ke arah tingkap rumah sehingga pecah,” katanya dipetik laporan Sinar Harian, 16 Julai 2021.

Tambah beliau, polis menahan tiga lelaki berusia lingkungan 17 hingga 18 tahun di dua lokasi berasingan dan motosikal dipercayai dinaiki ketika kejadian juga dirampas. - KitaReporters


2
0
0
0
0

Copy Link: