Tangkap layar video seorang pekerja warga asing yang disahkan meninggal dunia sebelum berlakunya rusuhan di sebuah asrama di Tanjung Kling, Melaka. - Kredit foto: Media sosial


TIGA petugas kesihatan serta seorang pengawal keselamatan kilang sempat menyelamatkan diri setelah dibaling dengan batu dan kayu oleh sekumpulan pekerja warga asing yang merusuh di Tanjung Kling, Melaka.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam pada 12 Ogos 2021 itu, pekerja warga asing yang memakai gelang pengawasan merah jambu (positif Covid-19) itu bertindak sedemikian selepas tidak berpuas hati dengan kematian rakan mereka di sebuah asrama.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, rusuhan dipercayai berpunca susulan rasa tidak puas hati kumpulan terbabit berhubung cara pengurusan pengawal keselamatan terhadap seorang rakan mereka  yang ditemukan tidak sedarkan diri.

“Tiga petugas Kementerian Kesihatan dan pengawal keselamatan kilang hadir ke tempat kejadian sebelum individu berkenaan disahkan meninggal dunia.

“Sewaktu petugas melakukan tugas lanjut, salah seorang pekerja enggan berikan kerjasama sehingga berlakunya provokasi yang kemudiannya membawa tindakan luar jangka dengan membaling batu.

“Melihat keadaan kian tegang, petugas kesihatan dan pengawal terbabit keluar dari asrama namun kumpulan tersebut terus melakukan rusuhan di pintu pagar hadapan asrama dengan membaling kayu pada ambulans,” katanya yang dipetik daripada laporan Utusan Malaysia, 14 Ogos 2021.

Tambah Afzanizar, kumpulan itu juga turut merosakkan sebuah motosikal Honda Mave milik pengawal keselamatan, pondok pengawal, kamera litar tertutup, peti penggera kebakaran serta mengakibatkan kemek serta calar pada ambulans.

Katanya lagi, kos kerugian dianggarkan kira-kira RM22,000 dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 148 serta Seksyen 427 Kanu  Keseksaan.

“Tiada tangkapan dilakukan setakat ini memandangkan kumpulan itu antara 670 pekerja asing yang sedang menjalani perintah kuarantin dan dipakaikan gelang merah jambu sejak 12 Ogos 2021,” ujarnya. KitaReporters


0
0
0
0
1

Copy Link: